Tingkatkan kemahiran Microsoft yang diperlukan oleh pelajar dan untuk kerjaya anda. Microsoft IT Academy Program menawarkan peningkatan kemahiran teknologi yang membantu anda dalam pelajaran dan kerjaya. Lebih 50% sektor pekerjaan memerlukan kemahiran dan pakar mengandaikan peningkatan ke 77% untuk tahun-tahun akan datang.
Microsoft IT Academy Program direka untuk menyediakan latihan bagi anda menghadapi masa hadapan dengan membina kepakaran anda dalam teknologi yang popular ini. Bermula dengan program Microsoft Office seperti Word, Excel, PowerPoint, and Outlook. Jelajahi produk baru seperti Windows 8.1. Selami Cloud dan Office 365. Kuasai pengetahuan untuk terlibat dalam pelbagai kerjaya bidang IT atau cipta permainan dan aplikasi untuk telefon pintar.
Oleh kerana bidang ini terus berkembang, permintaan bagi yang berkemahiran tinggi turut meningkat dalam teknologi Microsoft. Kurikulum Microsoft IT Academy kami yang berkualiti dapat membantu anda meraih kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masa hadapan.
“One thing that you know absolutely with Microsoft Certification is that you have street cred.” Genevieve L’Esperance Student Montreal, Canada
Anda berpeluang meraih kelebihan dalam persaingan melalui Microsoft IT Academy. Microsoft IT Academy Program menawarkan pembelajaran dalam kelas dan melalui online, makmal disediakan, akses kepada beratus kursus dan buku serta sumber berkaitan. Faedah program ini termasuklah Persijilan Microsoft. Microsoft IT Academy Program direka untuk membantu anda bersedia untuk Persijilan Microsoft. Persijilan ini mampu membantu anda meraih kredit dalam pembelajaran dan meletakkan anda sebagai pekerja yang amat diperlukan oleh majikan seluruh dunia. Hakikatnya persijilan kemahiran anda dalam bidang ini melayakkan anda memperoleh 5% atau lebih gaji dari mereka yang tidak menyertai program ini.

